Thursday, 19 September 2013

CARA SENANG NAK CONVERT DOKUMEN DALAM BENTUK PDF

sebagai pekerja kat kedai cc ni...permintaan pelanggan amatlah perlu dipenuhi..orang arab kata..."la budda alaiya.." tidak dapat tidak..huhu..

mentang-mentang la belajar kat sekolah arab kan..tu..time ustazah fatimah mengajar dulu la..die suka sangat sebut "la budda alaiya" tu..so sampai sekarang melekat..he

antara permintaan customer yang datang cc ni..die suruh scan gambar die..then save dalam bentuk PDF..sebenarnya ade jer software die untuk pdf converter tu..tp let's say la kan...in case kita x sempat nak main install2 ni..kite boleh convert dalam bentuk pdf guna online sebenarnya..

ni pun salah satu ilmu yang terbelajar secara terkebetulan disebabkan customer tu terdatang cc ni..and termintak save dalam bentuk pdf...punye la gabra masa tu sebab takder pdf converter kat pc kaunter depan ni..ish..try punye try..nasib la jumpe laman web ni...

http://document.online-convert.com/convert-to-pdf

dah bukak laman web ni..kita choose file..pastu convert terus..kan senang..pasni x yah dah nak mari cc ..convert sendiri..xyah nak abeskan duit bayar kat cc..he..

kalau bos detect cakap macam ni..conpem kena tolak gaji..haha (^o^)

Wednesday, 18 September 2013

LOTUS FLOWER



Bunga teratai ni Kak Aya yang tempah...pelanggan tetap la katekan..huhu...sebenarnya dah kurang ambik tempahan sekarang ni...tp sikit2 tu boleh on lg...nasib baik kak aya nak dua jer...tu pun suruh adik lipat...kalu x..mesti x siap...he...bese la kan...orang bizi...heheh.. =P

So..inilah hasilnya...bnga teratai pink & purple...nak bagi adiah kat orang lain buley lah...RM 30.00 sekuntum...besar ni...huhu


















Tuesday, 10 September 2013

e-Solat : Sistem Panduan Solat Harian Anda

Susah kan kalau kite duk kat tempat-tempat yang susah nak dengar azan..? tak tau bila kita nak solat..jadi jom kita bukak laman web ni..

Homepage
http://www.e-solat.gov.my/web/


nanti kita just kena pilih untuk taqwim solat kalau kita nak kalendar waktu solat tu..ataupun boleh klik kat link ni..

Taqwim Solat
http://www.e-solat.gov.my/web/waktusolat.php?zone=SGR04&negeri=Putrajaya&jenis=week&submit=Cari

Lepas tu bolehlah kita...
1. Pilih Negeri
2. Pilih Zon
3. Pilih Mingguan, bulanan atau tahunan
4. Cari...

"...sesungguhnya Solat itu adalah tiang agama..."



Tuesday, 3 September 2013

TANDA-TANDA KEMATIAN

Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahua’lam..

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.

TAZKIRAH : MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

Kubur adalah perhentian pertama setelah seorang hamba itu meninggal dunia dan kemudian tempatkan di alam arwah sehingga hari kiamat. Di sinilah penentuan kebahagiaan kecelakaan yang abadi. Disini admin ada berkongsi cerita mengenaimalam (hari) pertama di alam kubur. Dimana kubur merupakan lubangneraka bagi yang tidak beriman manakala yang beriman akan mendapat rahmat Allah.


 


Hadis Abi Sa...idmengatakan
NabiSallallahu 'alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga."Adapun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?
Adapun roh orang yang beriman dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
"Setelah menerangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." – (Surah al-Fajar, ayat 27-30)
Sebuah rumah masa depan yg amat sempit, gelap, dingin, lembab, sunyi yang berteman ulat, ular, cacing dan segala makhluk melata yang menjijikkan.
Tapi sedarlah, memang itulah masa depan hidup yg akan dilalui oleh setiap kita.Tak peduli kaya atau miskin, pejabat atau rakyat, melarat, kita semua akan merasa gelapnya kehidupan di alam kubur.
Jika kita lalai pada potret mengerikan alam kubur itu, niscaya hati kita akan selalu jauh dari Allah. Sebaliknya, jika kita selalu ingat bahwa di dunia ini kita tidaklah kekal, bahkan di atas kesenangan, kecantikan, kekayaan dan kedudukan status kita, niscaya kita akan berlinang airmata membayangkan betapa kerdilnya diri ini dan bergegas menyiapkan diri menyongsong alam kubur dengan penuh ketakziman dan keshalihan ibadah.
Bayangkanlah dengan penuh perih kehidupan macam apakah yang akan kita jalani kelak kala kita mulai dimasukkan ke liang lahat oleh orang yang sangat menghormati dan mencintai kita selama ini...hingga 7 malam ke depan, SubhanAllah...
Maka Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu menasihati para sahabat dengan mengatakan, "Hiduplah di dunia ini bagaikan seorang pengembara." Sehingga, pesan Ibnu Umar layak untuk diingat,
"Jika engkau sedang berada pada hari ini, maka janganlah engkau tunda-tunda sampai hari esok. Jika engkau sedang berada pada waktu petang, maka janganlah engkau tunda-tunda hingga pagi hari. Pergunakanlah sihatmu sebelum datang sakitmu dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang matimu."
Karena itu, marilah bertaubat dan aktif berbuat baik. Tidaklah ada persiapan diri untuk menghadapi kematian yang lebih baik kecuali dengan menyegerakan diri bertaubat dan sentiasa memperbaharui taubat dari hari ke hari.

Allah Azza Wa Jalla .Berfirman :
"Setiap yang berjiwa, pasti akan merasakan mati."(QS. Ali Imran :185).
Sebelum manusia berpindah ke alam akhirat mereka akan menempuh satu alam di namakan alam barzakh dan di sana mereka akan menjawab soalan ditujukan malaikat kepada mereka. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada manusia itu akan masuk ke syurga atau neraka.
Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.
Bagaimanapun kita tidak banyak mengetahui rahsia alam roh melainkan apa yang diceritakan al-Quran dan hadis kerana ia adalah urusan Allah. Apabila seseorang berpindah ke alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini.
Riwayat daripada Ad-Dailami ada menyebut yang bermaksud:
"Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya 'rahmat doa itu' lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar."
Kubur adalah Alam Kegelapan. Cahaya yang dapat menerangi Alam Kubur ialah Kalimah La Ila IllAllah ( Tiada Penyembahan dan Ketaatan serta kepatuhan dalam kehidupan manusia dan jin melainkan hanya kepada Allah Azza wa jalla )..Wallahu Musta'an .
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
Aku rumah yang terpencil maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
Aku rumah yang gelap maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat menjawabnya.
Menurut Dr Aidh Abdullah Al-Qarni dalam kerya nyer yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Kubur)
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat

teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?

Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.

Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.

Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.

Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.Itukah yang kita mahukan?

Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri;
 "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

Kesimpulannya, Kubur adalah perhentian pertama setelah seorang hamba itu meninggal dunia dan kemudian tempatkan di alam arwah sehingga hari kiamat. Di sinilah penentuan kebahagiaan kecelakaan yang abadi. Disini admin ada berkongsi cerita mengenai malam (hari) pertama di alam kubur. Dimana kubur merupakan lubangneraka bagi yang tidak beriman manakala yang beriman akan mendapat rahmat Allah.